Assalamualaikum semua..
Antara rawatan kanser adalah adalah:
Kanser, ketumbuhan dan tumor – katik murai / belalai gajah, minyak zaitun, jus delima, bawang, serai, cuka kurma, durian belanda
Qurani:
1) Guru kami berkata operation bukanlah satu
rawatan .Baca “Ruqyah Saratan” setiap hari. Atau baca dan dengar cd ruqyah
untuk gangguan biasa sekerap mungkin.
2) Al Fatihah, al Ikhlas dan baca doa bengkak dan
ketumbuhan:
* اللَّهُمَّ يَا مُصَغِّرَ الْكَبِيرِ, وَيَا مُكَبِّرَ الصَّغِيرِ،
صَغِّرْ مَا بِهِ / بِهَا (نية سبوت نام فساكيت) يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya:
Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil. Kecilkanlah
apa yang menimpanya wahai Allah yang
Maha Mengasihani.
3) Dengar: Cd ruqyah sekerap mungkin
4) Surah al Qalam ayat 1-3:
úc 4 ÉOn=s)ø9$#ur
$tBur tbrãäÜó¡o ÇÊÈ !$tB
|MRr& ÏpyJ÷èÏZÎ/ y7În/u 5bqãZôfyJÎ/ ÇËÈ ¨bÎ)ur y7s9
#·ô_V{ uöxî 5bqãZôJtB ÇÌÈ
Tabie:
1) Mandi:
Mandi air yang telah diruqyah beserta ais sekali sehari sebelum maghrib.
2) Minum:
Minum air yang diruqyah dua kali sehari dan dicampur dengan a) 1 sudu cuka
kurma 2) 1 sudu minyak zaitun 3) satu sudu jus delima.
3) Sapu:
Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak
zaitun; extra virgin olive oil yang telah diruqyah sekerap
mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam
perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun
adalah anti kanser yang kuat.
4) Minum jus
bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang
terbaik adalah bawang Holland
berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer'
(fruit extractor) dan bukan blender... Bawang adalah anti kanser yang kuat.
5) Amalkan
makan buah durian belanda. Buah belanda merupakan anti kanser yang kuat.
6) Sayuran
pula adalah bayam dan serai. Minum air serai atau dibuat ulam setiap hari.
Merupakan anti kanser.
7) Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai / belalai gajah selama seminggu - 40 hari.
Urut / sakit badan / sengal / masuk angin – minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.
2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ
Tabie:
1) Urut kawasan sakit dengan campuran minyak zaitun + ma’ warad (air mawar).
2) Panaskan semangkuk garam bukit dan letak di dalam kain. Urut dengan garam panas tersebut.
3) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.
4) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a. Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b. Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
5) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.
6) Sapu tempat kebas dan sesemut dengan minyak wangi ros / kasturi ruqyah.
7) Lemah badan: Madu 1 atau dua sudu, dua kali sehari, kismis 21 biji sejam sebelum makan apa2 waktu pagi. Boleh juga campurkan madu dan cuka epal sesudu di dalam segelas air ruqyah untuk lebih tenaga.
Anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu juga menyatakan bahawa daun ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Daun Katik Murai
Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
Hanya Allah yang menyembuhkan |
Cara-cara menggunakannya:
Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.
Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.
Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.
Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari. Atau dua kali sehari (Selepas Subuh dan Sebelum Tidur) untuk tempoh dua minggu.
ATAU: paling kurang:
Secekak katik murai direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
UNTUK MENDAPATKAN HERBA PENAWAR SAKIT KANSER/ SAKIT BELIKAT / BUAH PINGGANG; KATIK MURAI / BELALAI GAJAH, MINYAK ZAITUN, GARAM BUKIT DLL YANGTELAH DIRUQYAH SILA KE ONLINE STORE RASMI KAMI: (KLIK DI BAWAH)