Monday, September 23, 2013

Penawar Sakit Belikat, Sakit Bahu, Sakit Pinggang, Sakit Badan, Sakit Urat dan Angin dalam Badan.RM20 + RM8 (SM) / RM12 (SS)

Daun katik murai yang sangat berkesan mengurangkan sakit belikat dan sakit badan.
Assalamualaikum semua.. 
Antara rawatan sakit badan, sakit belikat terutamaya adalah: 
Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai selama seminggu - 40 hari. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga, jika sakit belikat dan bahu kerana 'masuk angin' akibat duduk terlalu lama, salah tidur dan sebagainya, herba katik murai sangat-sangat membantu...
Antara kaedah-kaedah sakit badan juga...
Urut / sakit badan / sengal / masuk angin – minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal
Qurani: 

 Pegang dengan tangan kanan dan baca
 Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.

2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ

Tabie:

1)  Urut kawasan sakit dengan campuran minyak zaitun + ma’  warad (air mawar).

2) Panaskan semangkuk garam bukit dan letak di dalam kain. Urut dengan garam panas tersebut.

3) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.

4)  Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a.      Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b.      Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.

5) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.

6) Sapu tempat kebas dan sesemut dengan minyak wangi ros / kasturi ruqyah.

7) Lemah badan: Madu 1 atau dua sudu, dua kali sehari, kismis 21 biji sejam sebelum makan apa2 waktu pagi. Boleh juga campurkan madu dan cuka epal sesudu di dalam segelas air ruqyah untuk lebih tenaga.
 Anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu juga menyatakan bahawa daun ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Daun Katik Murai

Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
Hanya Allah yang menyembuhkan

Cara-cara menggunakannya:

Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.

Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.

Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
 ATAU: paling kurang:
Secekak katik murai direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
 
 UNTUK MENDAPATKAN HERBA PENAWAR SAKIT BELIKAT; KATIK MURAI, MINYAK ZAITUN, GARAM BUKIT DLL YANGTELAH DIRUQYAH SILA KE ONLINE STORE RASMI KAMI: (KLIK DI BAWAH)


No comments:

Post a Comment